Selasa, Ogos 11, 2009

ReNuNgan BerSama!!




SoRang MeMBer Ni aKu RaJin TuL dia m'GigatKan aKu dImaSa SenaNg aTau SusaH meLaLui Sms..aKu TerLalU menGhargai kata2 Hikmah DarinYa,UnTuk peRinGatN SeMUa TerMasuk DiRi aKu yang daIf ini aKu inGin BeRkOnGsi DenGaN Semua..

haYatilaH...

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki sekarang.jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak kita miliki sekarang.

Iman yang selalu disiram dengan ketaqwaan & dibajai dengan sifat rendah diri serta ikhlas dihapan tuhan akan subur & merendang.Tetapi jika ada sebesar zahrah pun rasa takabbur dan tinggi diri dalam jiwa,Maka dia akan jauh dari syurga.

Kesenagan kita berada dalam Iman,Penyejuk hati kita berada dalam Solat.Keselamatan kalbu kita berada dalam sikap redho,Semoga bersama-sama kita mendapat redho Allah dengan hati yang ikhlas.

Sabda Rasullulah s.a.w:Orang yang berzikir mengingati Allah dalam lingkungan orang yang sedang lalai adalah seumpama pohon hijau yang berada di tengah pohon-pohon yang lain.

Sabda Rasullulah s.a.w:"Sebaik-baik kawan itu ialah mereka yang sentiasa membantumu dalam menyebut mengingati Allah dan apabila kamu lupa tentangnya, dia mengigatkanmu".

hati kita umpama kaca,jangan biar ia retak.Akal kita umpama air,jangan biar ia kering.Iman kita umpama debu,jangan biar ia hilang.Persahabatan kita umpama tali,jangan biar ia terputus.

Ku hadiah kan seteguk sayang,Bersama Al-Fatihah yang penyayang,Ku kirimkan sesuci kasih,Bersama Al-Ikhlas yang suci bersih.Istemewa buat sahabatku semoga rahmat Allah tetap bersamamu.

"Orang yang beriman hatinya tidak merasa senang dan rasa gelisah pada kemungkaran".

"Allah Berfirman kepada Malaikat:Pergilah kamu kepada hambaku,Timpakanlah bermacam ujian kepadanya kerana AKU ingin mendengar suaranya(doa)"HR Tabrani.

Sesungguhnya Allah selalu menguji hamba2Nya supaya hambaNya sentisa hampir dan ingat pada penciptaNya.

Insan yang baik padamu bukan lah insan yang selalu mendapingimu ,Tetapi insan itu ialah, apabila memadangnya wajahnya kau akan nampak kedamaian dalam agamamu,apabila mendengar katanya kau akan mengingati Tuhanmu & apabila melihat amalan nya kau akan mengingati akhirat.

"jangan sampai bersedih hati terhadap apa yang luput dan jangan pula bangga dengan apa yang telah engkau dapat, jadilah hamba yang sentiasa bersyukur atas segala yang ditentukan,maka itu akan rasa bahagia".

Pesan pada diri,Tabahkan lah hati kuatkan semangat.Pesan pada hati,kukuhkan lah iman dan banyakkan zikrullah.Pesan pada naluri,jangan mengeluh dah kecewa,InnaAllah ma'ana saidan.


Rasulluwah s.a.w bersabda:"kebinasaan umatku terletak pada 2 hal;meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta"Renung2Kan.

Layan baiklah dengan jiran tetangga,kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu, bahawa seorang wanita berpuasa disiang hari dan beribadah dimalam hari,tapi menyakiti jirannya Nabi s.a.w "dia akan dimasukkan ke Neraka".

Rasullulah s.a.w bersabda "kamu yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dihari kiamat adalah yang terbaik akhlaknya" "yang pertama kali dilekatkan dimizan adalah akhlak yang baik dan kemurahan hati".

Rasullulah s.a.w "Sesungguhnya hati dapat membeku seperti besi,ditanya bagaimana cara melembutkannya? Baginda menjawap,membaca Al-quran dan mengigati mati"..

Dunia ibarat bayang2,Semakin ia kejar semakin ia lari..Ingatlah jangan mengejar dunia dan jangan ambil dengan hati..Berhati-hatilah dengan permainan dunia kerana nikmatnya hanyalah sementara..

Usahakan buat apa yang Allah perintah,jangan buat dengan rasa terpaksa,Tapi buatlah dengan rasa cinta.

Keburukan yang paling buruk ialah perpesona pada diri sendiri dan semulia-mulia kelakuan ialah berkelakuan akhlak yang baik sesama makhluk.

Kehidupan manusia memang tak diuji..FirmanNya: "Jadikanlah mati & hidup bagi kamu untuk menguji siapakh antara kamu YANG TERBAIK AMALANNYA.Dan dia Maha Perkasa dan maha pengampun" (Al-Mulk:02)

"Redholah dengan suatu perkara yang Allah tentukan untuk mu..Maka engkau akan merasa bahagia.Renung2kan."

Iman itu terdiri dari 2 bahagian..Sebahagian sabar dan sebahagian syukur.

Sebaik-baik iman orang-orang mukmin adalah orang yang baik budi perkertinya dan orang yang sayang pada keluarganya.

Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam, Maka setiap mukmin yang solat maghrib dengan ikhlas kemudian berdoa meminta sesuatu pada Allah,pasti Allah memenuhi permintaanya.

Jagalah waktu solat zohor kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahanam dan orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api api neraka jahanam pada hari kiamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan