Selasa, Ogos 11, 2009

KahwiN..KaHwin..kaHwin..




HeHa..baik PuNyo CiLok Loo..

Tips2 uNtuk kiTa SumER

MENCARI CINTA..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


HUKUM NIKAH..


Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.

Wajib- Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.

Sunat- Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).

Makruh-Hukum makruh terbahagi dua : Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin. Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).

Haram -Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?Mari kita sama-sama fikirkan....



JUMPA BAKAL MERTUA..


Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.Tips

1 : Masa Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda. Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal. Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".Tips

2 : Pakaian Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.Tips

3 : Topik perbincanganSatu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama. Tips.

4 : Rajin-rajinkan diriJika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba... Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!


RAJA SEHARI..


1 : Sentiasa memberikan senyuman..Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.

2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas AkadMengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

4 : MakanSewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

5 : Solat jamakErmm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.Itulah antara beberapa tips yang saya mampu kongsikan untuk kali ini. Mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan anda itu. Apa-apa pun, saya doakan agar majlis perkahwinan anda kelak akan berjalan lancar dan meriah.


RUMAH UNTUK PENGANTIN BARU..


Pertama sekali, apa yang perlu kita fahami ialah, setiap orang mempunyai tahap keselesaan, cara pemikiran serta persekitaran hidup yang berbeza-beza. Oleh itu, sudah pastinya, jawapan bagi soalan yang berbentuk "pendapat" seperti ini akan mempunyai jawapan yang berbeza-beza. Tiada jawapan yang salah atau betul bagi soalan seperti ini. Bagi sesetengah orang.. menikmati masakan si isteri itu adalah perkara yang sangat penting dan mampu memberikan kebahagianBagi sesetengah orang yang lain pula.. suasana duduk berdua-duaan sambil menonton rancangan TV kesukaan adalah lebih menyeronokan.disitulah bermulanya rahsia kebahagian & kenikmatan hidup berumahtangga. :)Namun begitu, seperti yang saya nyatakan diatas, setiap orang mempunyai pandangan serta bajet yang berbeza-beza. Adalah baik juga, jika anda dapat melengkapkan kesemua ruangan rumah anda dengan perkara-perkara yang asas seperti, hanya tilam di bilik, hanya TV diruang tamu, dapur & tong gas di dapur dan sebagainya. Apa-apa pun, bijaklah berbelanja & rancanglah bajet anda dengan teliti. Kehidupan rumahtangga anda baru sahaja bermula, masih banyak lagi masa dan cabaran yang perlu di hadapi.Oklah! Kepada anda yang sudah mempunyai kekasih hati itu.. jangan tunggu lama-lama. Ajaklah si dia berkahwin...


HAHA..MALAM PERTAMA..


8 Teknik memulakan Malam PertamaMalam pertama adalah saat yang paling diidamkan dan dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Kesibukkan disiang harinya akan tidak begitu terasa memandang fikiran melayang kepada layanan yang akan diberikan oleh pasangan masing-masing.Namun begitu tidak semua pasangan yang akan menantikan kehadiran malam pertama dengan penuh terbuka, sebaliknya ada yang belum betul-betul bersedia melayani kehendak pasangan masing-masing.Awas! Harus di ingat, sekiranya anda bertindak terburu-buru,keindahan dan kenikmatan malam pertama kemungkinan besar tiada, ianya akan berubah menjadi suatu malam yang menyakitkan.

1. Jangan Terburu-buruMalam pertama adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain.

2. Tidur SecukupnyaTidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat.

3. Jaga Kesihatan.Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah.

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, kegairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing.

5. Suasana Romantis.Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang "Jarang ".

6. Jangan mengambil ubat.Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk meransangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

7. Jaga Kebersihan Diri.Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama.

8. Kurangkan bercakapElakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebagainya untuk menghairahkan pasangan.



JANGAN MENANGGUH CAHAYA MATA..


Begitu juga dengan pasangan-pasangan yang baru berkahwin.. pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak mahu menimang cahaya mata pada tahun pertama atau kedua perkahwinan mereka.. atas alasan sibuk dengan komitmen kerja, tidak cukup kewangan dan sebagainya.. biasanya.. agak sukar untuk menimang cahaya mata selepas itu, walaupun selepas 5-6 tahun mereka berkahwin dan bersedia untuk menimang cahaya mata. Saya tidak pasti, adakah ini suatu "denda" atas niat mereka suatu masa dahulu yang tidak mahukan anak.. atau hanya kebetulan sahaja.Dalam islam, anak itu adalah suatu kurniaan yang amat besar dari Allah kepada hambanya. Anak-anak itulah yang akan menjadi penyeri dan kebahagian sesebuah rumahtangga. Tanpa anak, rumahtangga anda akan terasa sunyi dan kadangkala sedikit membosankan. Sperti yang kita ketahui, setiap makhluk Allah itu sudah tersiap sedia rezeki untuknya. Jadi, sepatutnya tidak timbul persoalan kedudukan kewangan tidak stabil untuk anda memiliki anak.. bahkan, Allah sudah berjanji, rezeki anda akan melimpah-ruah apabila anda sudah memiliki anak kelak.. diawal-awal perkahwinan ini, usahlah merancang-rancang untuk tidak mahukan anak. Terimalah rezeki yang ALlah kurniakan seadanya. Insyallah kehidupan rumahtangga anda akan lebih ceria dan bahagia.


PERTUNANGAN..


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perihal dugaan di alam pertunangan.Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?Sewaktu sebelum saya bertunang dahulu, saya membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kami. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek, atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan kami.Namun begitu.. sangkaan saya itu sedikit meleset. Sebenarnya.. ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan.. bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri. Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini.... adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah bertunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham.. ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan. Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka.. "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah.. Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa.. dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri. Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.Yerla.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?.... kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan